Friday, 3 May 2013

GE again

Nampaknya bahang pilihanraya makin terasa, kiri kanan depan belakang semua sudah dipenuhi dengan bendera. Penuh dengan warna warni, meriah kot. Tapi yang tak bestnya pilihan raya kali ini seumpama medan perang mulut, caci maci dan maki hamun. I'm very upset with this situation. Sesama kaum, satu bangsa sesama Islam mengeluarkan kata kesat sesama sendri. Menyamakan manusia dengan anjing, memaki hamun ibu bapa orang lain dan macam macam lagi lah. rasa macam tak sanggup nak tulis di sini. Kenapa yea boleh jadi sampai sedemikian rupa. Di mana letaknya nilai-nilai murni dan budi bahasa yang kita banggakan selama ini?

Kerana parti politik, kita sanggup menabur fitnah, sanggup memaki hamun sesama bangsa dan jangan sampai ke tahap lebih teruk sampai sanggup bercerai berai, bunuh membunuh sesama kita. Pada pendapat saya tak perlu rasanya untuk mempertahankan parti mengeluarkan kata-kata kesat, sama juga bila kita cuba menunjukkan contoh amalan orang Islam kepada non muslim. Kita cuba mengajak mereka mendalami Islam dengan tertib, dengan menunjukkan teladan dan tauladan yang baik. Mengeluarkan perkataan yang baik-baik, menujukkan sifat-sifat terpuji, dari situ bangsa lain akan tertarik dengan Islam dan seterusnya ingin mendalami agama Islam. Alangkah bagusnya jika amalan yang sama digunakan untuk menarik parti pihak lain untuk menyertai kita dan bukannya dengan kaedah menyakiti hati sesama sendiri.

I really hope on 5th May we could gather together happily and go to vote. Please no more hatred, lets be together to build our nation. I know and you know, we all love our country. Peace =)