Sunday, 15 November 2015

Resepi nasi daging

Today 15 nov, feelling a bit malas to cook. Tapi perut berbunyi2 minta di isi. Kepala pun dah start pening2 sebab tak makan. So nak tak nak kenala cook something to eat. Since mmg malas nk masak untuk lunch and nanti dinner kena masak lagi so thinking to cook beriani. Ok2, guna pek segera je.
Tetapi malangya rempah dah expired. 😓😓

Tiba2 dapat idea nak masak nasi daging. Kebetulan daging ada banyak lagi, so try to goggle resepi and Alhamdullilah 90% of the bahan2 dah ada dkt rumah. So boleh la proceed. 😅 and of course with a little bit of modification since the bahan takde 100% kan.

So resepinya ialah:

Beras 2 cup (basuh dan toskan)
Daging 200 gram
Serbuk rempah sup adabi half packet
Susu cair 150ml (agak2)
1sudu ghee
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pala
Bawang putih
Bawang merah
2 sudu sos tomato/puree
Garam secukup rasa

Cara2:
Rebus daging bersama rempah sup. Air rebusan digunakan untuk masak nasi, so jangan la buang air tu yea.
Selepas daging lembut, dalam periuk yang lain panaskan periuk dan tumiskan ghee bersama bawang putih, bawang merah dan juga rempah 3 serangkai tu. Bila dah naik bau, masukkan tomato puree (saya gunakan sos tomato je).
Kemudian masukkan susu cair dan tuangkan daging bersama air rebusannya. Kalau air rebusan tak cukup, bole tambah beef stock ataupun air biasa, yang penting sukatan air hendakla mengikut beras tadi, nanti nasi mentah tak sedap. And lastly letak beras yang di toskan tadi. Sekarang tunggu nasi masak. Jangan lupa tambahkan garam dalam nasi tadi! Siap!!

Sedap dihidangkan dengan air asam dan papadom. 😄😄