Thursday, 29 September 2011

HIV test

Semalam kerja half day, then terus pergi klinik kesihatan sri putra untuk buat test HIV. Alhamdullilah berjaya sampai pukul 2 tepat.. Di klinik sri putra nie boleh walk in sahaja.. Tak ramai orang pun, tapi untuk buat HIV test ini diantara pukul 2 dan 3 sahaja.kalau sampai after 3, alamatnye kena suruh datang esokla... :)

Sampai je, terus di layan dekat kaunter, kene isi borang lepas tu ambil nombor. Kejap sangat, tak terasa pun menunggu.. Tapi mase menunggu nombor dipanggil tu dup dap dup dap jugakla.. takut kena cucuk ngan jarum.. hehe.. Oh yea, borang kahwin untuk negeri perak disekalikan dengan borang HIV test.. tengok pasangan lain rileks je tak bawa apa-apa borang... Rupanya kalau negeri tu da sekalikan borang HIV, means kena bagi jugak pada pegawai kesihatan tu.. Nasib baik bertindak bijak bertanya, kalau buat bodoh je mmg kena buat lagi sekalila nampaknye..

Sementara menunggu keputusan, we all disuruh tunggu dalam sebuah bilik.. Ingatkan ada ape, rupanya nak bagi talk. Terkejut jugak, rupanya nurse tu kata nie arahan baru dari kementerian. Kementerian nak orang ramai aware kenapa kita ambil test nie, dan bukan setakat take for granted sahaja. Oh! baru saya faham.. Ditekankan betapa pentingnya take a good care of ourself, kalau nak family bahagia kenala ada kesihatan yang bagus! :) Good point! And diterangkan juga pasal family planning, hehe dah rasa macam pergi kursus kahwin pulak..

Selesai talk, barula diberikan result test tadi.. Jeng.. jeng.. Alhamdullilah both of us got a good result, which is negative! :) Syukur sangat.. Yela mana nak tau kan, walaupun tak ambil drugs, seks rambang, tapi kalau terkena darah pembawa HIV pada luka kan boleh jangkit jugak.. Well, that's all about the HIV test!

p/s : Today morning, when i reach office I felt like vommit and bad headache.. Funny isnt takkan la kerana dua tiga titik darah kena ambil terus demam kan.. hehe

No comments:

Post a Comment