Entry kali ini bertajuk pucuk masak lemak sbb saya ingin berkongsi tips. Setelah beberapa percubaan untuk masak lauk ini mendapat gred D. Kenapa D? sebabnya suhun itu terlalu kembang sehingga menyerap hampir kesemua kuahnya! cuba bayangkan. Kuasa suhun menyerap air! Lalu kami terpaksa makan suhun kembang itu tanpa kuah. (-_-') Percubaan seterusnya diteruskan tanpa putus asa, kali ini jumlah penyertaan suhun dikurangkan. Pada pemikiran yang bijak ini, mungkin terlalu banyak suhun kot, sbb tue la kuasa penyerapan menjadi kuasa dua!! Hasilnya kurang penyerapan, tetapi masih menyerap kuah. Oh penat sudah!
Seharusnya lauk ini adalah yang paling senang sekali dimasak, jadi tanpa putus asa saya mencuba lagi! (Ganbatte!) Kali ini terjumpa sebuah website yang memberitahu suhun tersebut harus direndam terlebih dahulu, dan setelah fucuk itu lembut barulah dimasukkan suhun. (this is the key of success) Kaedah ini telah saya aplikasikan, Alhamdullilah it works! Lalu dengan bangganya saya ingin berkongsi gambar fucuk masak lemak saya
Ini ialah resepinya
Sepeket suhun and fucuk
Sepeket Santan
Sedikit ikan bilis
1/2 Biji Bawang Besar
1 tangkai Cili Merah
Sedikit Air
Sedikit Garam
Mula -mula sila rendam fucuk dan suhun.
Kemudian masukkan bawang, ikan bilis, air, dan santan kedalam periuk.
Apabila mendidih bolehla masukkan fucuk, tunggu sehingga lembut.
Akhir sekali masukkan suhun dan cili merah. Garam secukup rasa
Rasa da cukup garamnya, bolehla ditutup api dan dihidangkan.
Senangkan! No hassle at all =)
No comments:
Post a Comment